May 03, 2026 - FASSelangor FC mencatat kemenangan 4-0 ke atas Penang FC dalam perlawanan ke-24 Liga Super 2025/26 yang berlangsung di Stadium MBPJ, Kelana Jaya semalam.
Skuad Gergasi Merah membuka jaringan seawal minit ke-11 menerusi Chrigor Moraes daripada hantaran baik Hugo Boumous sebelum beliau menggandakan kelebihan pada minit ke-15 selepas menerima hantaran leret ke dalam kotak daripada Faisal Halim. Selangor FC kemudian terus mengekalkan tekanan dan berjaya menambah gol ketiga dengan tandukkan Harith Haiqal tepat menuju ke dalam gol pada minit ke-21, menutup separuh masa pertama dengan kelebihan 3-0.
Separuh masa kedua melihat Selangor FC mengawal permainan dengan disiplin dan intensiti yang cukup tinggi. Dominasi terus diterjemahkan menerusi jaringan keempat Alvin Fortes dengan sepakan percuma beliau terus ke dalam gol pihak lawan pada minit ke-62, melengkapkan kemenangan pasukan dihadapan 4,508 penyokong Gergasi Merah semalam.
Menurut Ketua Jurulatih Selangor FC, Kim Pan-gon, puji prestasi para pemain di separuh masa pertama namun menekankan pasukan perlu kekalkan kualiti sepanjang 90 minit perlawanan.
“Pertama sekali, perlawanan malam ini amat penting untuk kita terus berjuang hingga ke penghujung musim. Saya hargai para pemain atas prestasi mereka pada separuh masa pertama kita bermula dengan baik, menunjukkan tahap fokus yang tinggi dan melaksanakan perancangan dengan berkesan. Jaringan pembukaan melalui ‘set piece’ yang sangat baik, manakala gol kedua oleh Hugo Boumous juga disempurnakan dengan cemerlang,” bangga Kim Pan-gon dengan persembahan separuh masa pertama
“Namun begitu, kita boleh melakukan dengan lebih baik dalam separuh masa kedua. Selepas mendahului 4-0, kita sedikit hilang fokus dan melakukan terlalu banyak kesilapan teknikal dan ini perlu diperbaiki. Sebagai Selangor FC, kita perlu mengekalkan kualiti permainan sepanjang perlawanan. Saya juga ingin memberi penghargaan kepada barisan kejurulatihan atas persiapan yang rapi, khususnya dalam situasi bola mati, serta disiplin pemain dalam melaksanakan perancangan. Ini adalah sebahagian daripada usaha membina identiti dan DNA pasukan. Kita perlu terus kekal tersusun, fokus, serta memberikan persembahan yang membanggakan para penyokong,” jelas beliau lagi.
Minggu hadapan, skuad Selangor FC akan menerima kehadiran Nam Dinh FC bagi perlawanan Separuh Akhir pertama ACC Shopee Cup 2025/26 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pada hari Rabu, 6 Mei, jam 9 malam. Ayuh, sama-sama kita berikan sokongan kepada pasukan dengan kehadiran anda. Dapatkan tiket di sini.
Pihak pengurusan Selangor FC gembira pasukan dapat meneruskan momentum positif dan akan terus berusaha untuk mencapai keputusan terbaik dalam saingan Liga Super 2025/26.
Demi Kebanggaan!
Kesebelasan Utama: Sikh Izhan, Quentin Cheng, Mohammad Abualnadi, Nooa Laine, Faisal Halim ©, Noor Al Rawabdeh, Hugo Boumous, Kim Ji-ho, Safuwan Baharudin, Harith Haiqal, & Chrigor Moraes.
Pertukaran: 46’ Alvin Fortes > Kim Ji-ho, 60’ Mamadou Diarra > Safuwan Baharudin, 60’ Syahir Bashah > Noor Al Rawabdeh, 68’ Vitor Pernambuco > Hugo Boumous & 77’ Mukhairi Ajmal > Faisal Halim.